Baiklah, sekarang saya nak update tentang sebuah Proton Saga. The Minty Saga. Ye! sekarang saya dalam mood minty. Seperti biasa, saya ceritakan serba sedikit spesifikasi The Minty Saga ni.
- Rim : Work Equip 01 (Lebar 9JJ et 0 all around)
- Tayar : 165/50/15 (Depan) 175/50 (Belakang)
- Tema : Simply Clean
- Original bodypart
- Nama manja : Minty Fresh
Ceritakan serba sedikit mengenai jentera anda.
Kereta ni dari abang saya, dah 6 tahun pakai. Tapi 3 tahun buat stance dan fitment style. Semua bahagian enjin dan luaran standard sebab dalam stance dan fitment, kalau boleh nak kereta keluar kilang dan direndahkan.
Macam mana anda boleh terjebak dalam aliran stance?
Mula terjebak dari dalam facebook, dan bertukar pendapat dengan orang lain cara setup semua, dan bermulalah...
Siapakah yang banyak memberi anda dorongan selama anda berada dalam aliran stance?
Rasanya, kawan-kawan yang pakai kereta sama dengan saya. Ramai berkongsi pendapat.
Bahagian mana yang paling anda titik beratkan terhadap jentera anda?
Untuk stance dan fitment ni hanya rim. Kerendahan kereta tu dan warna kereta. Untuk tambah menarik, sticker-sticker supporter.
Setakat ni, sticker dari group mana anda dah kumpul?
SOP (Stance Of Perak), Street Liberty, Koi Stance, Sagastance, Style Joe, Street Familia, DSG (Daily Swag)
Pencapaian yang saya pernah buat, buka group facebook Saga Stance dan lama kelamaan, mendapat sambutan dan mengadakan meetup dekat Putrajaya, ramai yang datang support.
Baiklah, ada nasihat tak buat rakan-rakan yang baru nak masuk aliran stance?
Kalau betul-betul nak main stance, janganlah cepat mengeluh pasal sagat2, lalu speedbump, takut disaman dan pemanduan tak selesa. Sebab ramai jumpa kawan yang baru main tapi cancel disebabkan sebab2 yang saya nyatakan tadi. Okay simple, what you did, u get back. If not we, who? if not now, when?
Alhamdullilah, terima kasih kepada tuan empunya Minty Fresh kerana sudi di tampilkan di dalam blog saya. In shaa Allah saya akan update lagi dalam masa yang terdekat. Terima kasih kerana terus menyokong blog saya. Sekian dari saya. :)