Saturday 26 October 2013

ABE YEH GINO D-SPORT

Assalamualaikum. Sekian lama meninggalkan blog tanpa update terbaru dan kini saya kembali. Update terbaru saya menulis tentang kereta Kelisa keluaran perodua yang telah di sarungkan bodypart Daihatsu Mira Gino.
  • Perodua Kelisa 1.0
  • Bodypart Daihatsu Mira Gino
  • Rim 15 8JJ ofset 0
  • Tayar 165/50/15
  • Axle belakang camber -10
  • Dalaman meter Minilite Walnut
  • Semi bucket SSCUS 
  • Rim Volk Racing CE28 



 Ceritakan serba sedikit tentang kereta anda.
"Dulu beli standard lepastu buat untuk performance. Main enjin. Lepastu dah fedup selalu pecah je last2 bila sampai musim stance saya pon bergiat dan belajar2 la dalam dunia stance."

Bagaimana anda boleh terpengaruh dengan aliran Stance? Siapa yang banyak bagi dorongan?
"Terpengaruh tu dengan Man rockNroll dari sabah. Tambah pulak kelisa ni bukan senang nak buat chamber. Axle tu takde orang tau nak modi macam mana. Hanya orang tertentu saja. Yang banyak bagi dorongan ada lah Amy silveria. King Gino Stance KL hehehe"


Apa yang memberi kepuasan kepada anda setelah apa yang anda lakukan pada kereta?
 "Kepuasan bila berjaya buat stance n chamber tanpa sangkut pada body atau masalah2 lain. then kepuasan apa bila org datang melihat kereta, bergambar, bertanya tentang kereta, respect the car dan bila orang cakap "memang gila kereta ni" hahahaha.

Sedikit nasihat untuk para Stancers yang lain?
  "Saya tak dapat bagi nasihat sebab saya juga still newbies dan masih belajar. Cuma satu je, Berani buat berani tanggung. Jangan takut."

TERIMA KASIH Abe Yeh kerana sudi dilampirkan kedalam blog. Nak belanja sikit gambar kereta Abe Yeh nie. Hehehe. :)

 





  

Thursday 26 September 2013

QUDDIN IS A WIRA

Update lagi dan lagi. Oh yes! now nak update pasal sebuah Wira yang telah di STANCE kan. Diberi nama Quddin, fuhh agak unik namanya. Spesifikasi Quddin adalah seperti yang berikut.
  • Wira Aeroback menyarung bodykit Lancer Libero
  • Rim TE37 / Offset 0 
  • Lebar rim rear (9jj) front (8jj)
  • Tayar 185/55/15
  • Theme Rusty Style

Seperti biasa, ceritakan serba sedikit tentang sejarah kereta dan jenis modifikasi apa yang anda lakukan sebelum STANCE?
 "Kereta ni saya beli dari bapa saudara saya,sebelum ni saya cuma ikut trend jdm je. Enjin bernadikan enjin standardnya 4g15, lebih tumpu kepada hellaflush style dan aksesorinya."

Siapa yang mendorong anda untuk menyertai aliran STANCE?
 "Owner silabi labi luqman abdul rahman kita punya sifu."


Apa yang memberikan kepuasan kepada anda selepas melakukan modifikasi terhadap kereta anda?
 "Rasa puaslah tengok rim lebar2 dan dapat fitment yang diidamkan. Hehe. Tapi tak cukup lagi,nak kena rendahkan lagi tu. Masa tak ada lagi nak kasi paras lagi. Makin hari makin paras/rendah"

Nasihat untuk para pejuang stancer yang lain. Untuk yang baru menceburi mahupun yang telah lama.
 "Mahu pun yang baru ataupun yang dah lama sampai berkarat, jangan la kita mnjadi bodoh sombong dan sombong walaupun kita dah mnjadi retis yg dikenali oleh semua kaki2 stance seluruh Malaysia ataupun dunia. Jangan kedekut ilmu sebab kita pun bukan nya terus pndai dan tahu semuanya lau xtanya orang2 lama."


Itu dia antara perwira STANCE. Saya sangat setuju dengan nasihat yang diberikan oleh owner. Jangan jadi sombong :) Berilah tunjuk ajar, kelak nama anda juga akan sentiasa ada di mulut mereka. Terima kasih owner atas kesudian anda. Semoga terus menjadi perwira STANCE. UNITE WE STANCE :)

Monday 23 September 2013

BLACKHEATH, MPV THAT PLAY STANCE

Siapa cakap MPV tak boleh masuk dalam aliran STANCE? Tanggapan itu salah. Cuba tengok MPV yang saya ingin review ini. Dah masuk aliran STANCE pun. ;) Baca betul betul antara spesifikasi si mantap ini
  • Blackheath (nama diberi)
  • Perodua Alza 1.5 EZI
  • Spec engine: Stock Perodua (cuma pakai oil cooler untuk sejukkan minyak silinder)
  • Luaran: Bodykit Perodua Alza SE & Fog Lamp Mitsubishi RVR & Parking Pole Daihatsu Mira
  • Dalaman: Standard, Back Mirror Long Board Tifffana house
  • Spec spotrim: BBS RS 16" 9jj ET 15 (F&R)
  • Spec tayar: 195/45/16 (F&R)
  • Suspension: Adjustable Hi Low Brand IMPROVE


Ceritakan serba sedikit sejarah permulaan anda bersama BLACKHEATH dan anda mulakan dengan modifikasi yang bagaimana dahulu sebelum STANCE?
 "Mula2 saya tengok culture nie kat internet je. Biasenye kereta2 luar la yang buat camni. Ingatkan kat Malaysia takde culture kereta camni, rupenye ade juga."

"Sebelum main stance ni kereta saya biasa je. Nk beli bodypart Toyota Passo sette dengan Daihatsu Boon Luminas harga mahal sangat. Masa tu ta tahu nak setup camne Alza ni. Masih mencari identiti lagi. First saya tengok kereta2 stance dengan fitment kat Malaysia mase event EPIC STANCE kat sepang SIC tahun lepas."

"Masa tu tengok Alza Geng STATIC 365 Ranzo Dk dengan Alza Geng Brotherhood Ks Lee. Tengok dari gambar2 kereta diorang la terus saya minat nak setup kereta start main stance and fitment tapi lama juga nak cari pomen yang nak setup nie. Masa bulan 4 2013 United Stance of Johor ade buat event kt Setia Tropika. Masa tu nampak Alza Syam Garage dia setup kete dia cun. Kenal dia pun dari FB lpas tu penah jumpe mase lepak2 malam minggu. Terus deal setup kereta dengan dia. Dia yang setup kereta saya. Saya jenis setup kete yang simple fitment"




 Apa benda pertama yang anda buat untuk STANCE kan BLACKHEATH?
"First time saya layan maxiflush je. Masa tu pakai TE37 Rota 17"9jj. Masa tu chamber x -ve lagi biasa je. Lepas pakai Rota pakai pulak BBS RS 16"9jj ni."

 "Masa pakai BBS RS 16 ni saya setup chamber depan -1 belakang -2. Nak STANCE kan dia lagi saya pakai suspension adjustble spring dah potong bagi pendek. Baru boleh turun banyak. Kalau spring adjustble standard tak dapat turun banyak macam sekarang."

 "First nak bagi STANCE kereta mesti buat suspension dengan tukar spotrim baru boleh setup nak bagi stance and fitment camni."


Apa yang memberi kepuasan kepada anda setelah anda lakukan semua ini kepada BLACKHEATH?
"Yang penting minat dan hobi yang bagi kepuasan main stance dan fitment ni. Kepuasan dia bila setup yang dibuat tu padan dengan Alza saya dari segi stance dan fitment dia. Setting dia pun cun. Lepas tu kepuasan dia masa pergi event dapat tengok kereta2 orang dan kenal2 dengan stancer yang lain"

Cabaran paling besar dalam STANCE ialah haters, jadi apa kata nasihat anda untuk pejuang STANCE yang lain?
 "Haah. Haters sebab diorang ni tak tahu pasal culture stance dan fitment ni sebab tu diorang kutuk banyak. Belajar lebih pasal motosport kat Malaysia ni baru minda tu boleh terbuka. Hormat cara org lain main kereta kalau nak orang lain hormat anda."

Terima kasih kepada pemilik jentera MPV Stance diberi nama BLACKHEATH ini kerana sudi di review dan dimasukkan dalam blog saya yang tak seberapa. Semoga kita semua terus maju memperjuangkan STANCE. Terima kasih jugak kerana menyokong blog saya. :) 



 

Sunday 22 September 2013

OLDSCHOOL YELLOW KE30

Sekarang kita buka cerita pasal kereta old school pulak. Susah payah cari, alhamdullilah jumpa jugak. Terima kasih pada rakan yang membantu. Tiada yang lama, mungkin tiada yang baru. Ini atas request rakan saya di facebook. Okay ini untuk anda. ;) ciri ciri utama kereta ini. 
  • 1976 KE30 2 door sedan
  • Enjin toyota 5k 1.5cc
  • Blok rebore to 1.6cc using aftermarket piston
  • Twin Weber DCOE 40 Sidedraft Carburator
  • Honda EK radiator
  • Rim Atara Racing 15inci 9jj offset -13
  • Tayar Falken Ziex 917 195/50/15 





Ceritakan serba sedikit tentang sejarah kereta ni?

"I beli kereta nih dari kuala terengganu dalam tahun 2010 rasanya. Bawak balik ke kluang sehelai sepinggang ha3. Pastu start cari part sikit2 susah dapat juga body part dia, banyak dapat dari kawan n ebay, dari Ipoh, Kuching, Penang, Singapore n lain2. Pastu awal tahun ni la yg betul2 buat. Dari awal tahun sampai bln 8 haritu duduk workshop je siapkan enjin n wiring. Ni pon tak sempat siap lagi pasal nak repaint n touch up lagi body n cat. Semua nih target utk event Olskool Mega Gathering yg ke 5 pada 15/9 haritu di Kuala Terengganu. Banyak habiskan masa dan duit untuk siap setakat ni he3. Tapi puas hati pakai. Itu yang penting Kepuasan diri sendiri dan selesa he3. Aircond sejuk tu hu3."
Macam mana boleh minat kereta old school? Dorongan dari siapa?
  "Takde dorongan dari siapa pon terpandang kereta nih dalam mudah.my terus jatuh chenta. Terus masuk duit tak tengok kereta dah memang masa tu nak sangat beli kereta nih he3. Pergi terengganu naik flight pagi just unttk amik kereta tu je, sampai deal terus bawa balik he3. Feeling dia lain ngan kereta nih.. Dulu pernah gak main kereta neuskool tapi perasan dia tak sama macam main oldskool. Masih ingat lagi pesan member masa mula2 amik kereta nih 'nak main kereta olskool kena banyak sabar' memang betul macam2 ujian dtg, nak dapat satu2 barang pon berbulan2 tetambah harga barang olskool yg rare makin tinggi. Tapi duit banyak pon belum tentu dapat sebab barang2 tu mmg susah nak dapat."
Bahagian mana pada kereta ini yang bagi anda susah untuk didapati?
 "Empat barang susah nak dapat. 1. Grill depan TE37 tu, orang panggil grill senyum, harga dah mencecah Rm800 kalau ada la hu3. Pasangan bonet dia super rare sampai sekarang tak dapat2 lagi hu3. 2. Pintu dia, fasal model 2 dr ni pintu dia panjang dari model biasa, tu merangkumi getah dan cermin dia la. 3. Fender Side mirror tu, nasib kalau dapat cantik, selalunye order terus dr jepun, 4. Twin weber Dcoe 40, harga market sekarang dah mencecah 2k satu set dan tak ramai yang tahu setup dan tuning."

Apa yang memberi kepuasan lepas segala penat lelah yang anda telah lakukan pada kereta ni?
 "Memandunya, raw power yang dapat dari enjin karburator ni memang best, dan yang penting, orang lain xde he3."



Ada sedikit kata kata untuk peminat kereta oldschool dan haters mungkin?
  Petik kata2 dr member, "Olskool selagi bernafas" he3. Scene olskool dah bertapak hebat kat Malaysia sekarang harap akan lebih kuat komunitinya.

Itu dia kereta old school pertama yang di review dalam blog ini. Atas permintaan rakan di facebook. Terima kasih banyak banyak kepada tuan empunya kereta, ingat, "Tiada yang lama, tiada lah yang baru" ;)

BE HUMBLE, LOOK AT HIS HUMBLEBEE.

Lagi sekali myvi ditampilkan. HumbleBee, nama diberi. Sungguh humble tapi bergaya. Percaya lah. Mata anda takkan berganjak dari sportrim nya jika anda peminat VOSSEN seperti saya. Hehe. Okay, antara ciri ciri HumbleBee 
  • MyHumbleBee  
  • Myvi sxi 1.3 tahun 2012
  • Vossen CV3 17'' 9jj et 25 all around
  • Tayar 205/40

 Boleh ceritakan serba sedikit pasal sejarah kereta ni?
"Kereta ni mula berkhidmat dengan saya pada Sept 12. Mula mula tengok kereta standard rasa macam tak best pulak. Mulalah jinak2 cari rim. 1st pkai 15 8jj. Time tu just biase biase je. Hinggalah terjebak dengan dunia stance ni melalui media massa. Sikit cari kawan. Cari ilmu sikit sikit. Follow group stance. Then terus setup hellaflush style."

"Bila dah terjebak secara automatik niat hati nk upgrade. So try dengan kelebaran rim dan offset yang lebih extreme dan sekarang try nafas dan seting baru utk myhumblebee. Sarung 17. Rim idaman setelah melihatnya dpasaran."

"Melihat culture stance di Malaysia yg unik membuatkan saya ingin mencuba. Dan diringi dengan sokongan kawan2 di sekeliling"


Apakah cabaran yang paling kuat pada anda?
 HATERS HATERS AND HATERS!
dan berhadapan dengan speedbump dijalan

Bahagian manakah dikereta anda yang memberi kepuasan MAKSIMUM?
 "Arc. Bile antara tayar dan fender tiada ruang. Nampakkan kereta fitted. Ngam2 soii. hee"


 PESANAN ANDA KEPADA PEJUANG STANCER YANG LAIN?
"Be honest, be respect and be humble. Tiada label king dewa atau otai. Kita manusia berpijak dbumi yang sama. United"

Terima kasih banyak banyak kepada owner a.k.a my familia kerana sudi di review untuk blog tak seberapa ini. Di bawah ni antara photo setting lama yang di share kan oleh owner. Terima kasih kawan. ;)


 

Saturday 21 September 2013

HELLA HELLA HELLAFAIL!

Its been a while. Lama tak update and review pasal kereta. Now saya kembali dengan si kecil berwarna ungu yang hellafail. Eh, bukan fail. Tapi ber-HELLAFAIL! Yezza, itu yang saya maksudkan. Okay, antara spesifikasi kereta ini.
  • PurpleHellaFail 
  • Kancil
  • Bodypart mira moderno
  • L5 twincam
  • Dashboard, set L5, Seat L5
    Paiping 2inchi tabung belakang Hks
  • Rim Work 15" 
  • Rim 15" 8jj offset 0
  • Tayar falken 165/50
  • Enjin L5 twinturbo
  • Spring exzober all standard
  Kata owner, asalnya. Nak main performance. Last last terjebak dengan aliran stance. Terjebak kerana melihatnya kat SPEEDCITY. Balik terus buat. Mula mula di hellafail kan dulu si PURPLEHELLAFAIL, kemudian menukar rim baru di SLAMMED kan. Kawan kawan yang banyak bagi dorongan padanya untuk memperjuangkan aliran stance ni. "CABARAN YANG PALING MENCABAR IALAH HATERS. ORANG CAKAP CAMTU, CAMNIE. TADAH TELINGA, SABAR YANG PENTING."

 
 Apabila ditanya tentang kepuasan, katanya. 
"Puas bila apa yg kita nmpk slame nie ada depan mata. Puas bile cita cita trcapai. Tapi ternyata masih ada yang kurang sebab takde yang sempurna dalam dunia ni."
Sudah setahun beliau berkecimpung dalam aliran stance dan yang bagi nasihat tentang aliran ini ialah Rafhan Asraf dan Fandy.

 
 Nasihat beliau pada stancer yang lain,
 "Teruskan perjalan dan jangan mudah putus asa."

Mungkin pendek dan ringkas, tapi fahami lah secara mendalam. :) Satu lagi keluarga saya telah di review. Terima kasih kerana sudi di lampirkan dalam blog saya yang tak seberapa. Teruskan perjuangan anda dan PurpleHellaFail sebagai stancer. Saya dan rakan yang lain menyokong dari belakang. Abaikan manusia yang cuba menjatuhkan aliran ini. Asalkan kita telah tunjukkan respect pada minat mereka dan tidak pernah tunjuk hebat. Be humble all stancer. Haters will always find a way that is impossible to let us down. ;)

Tuesday 17 September 2013

HATERS SO JELOUS OF US

Haters bukan asing lagi dalam culture STANCE. Tak salah kalau tak suka culture nie. Sekurang kurangnya, tunjukkan respect terhadap culture ini. Sesungguhnya saya sedih sebab ada segelintir pihak mengherdik dan menghina sahabat sahabat seperjuangan saya. 


Kalau boleh hentikan lah upload photo camni hanya sekadar untuk menghina. Kalau nak jatuhkan kami dengan cara ini pon tak boleh. Semua stancer berjiwa extreme. Sekian. 

MAJULAH STANCE UNTUK DUNIA PERMOTORAN MALAYSIA.

Monday 26 August 2013

STANCE IN INSTAGRAM

Okay, nie diantara instagram group stance yang anda boleh FOLLOW. I dah FOLLOW. korang bila lagi? hihi :) 

SUPPORT STANCE, SUPPORT OUR CULTURE, RESPECT OUR LIFESTYLE, HUMBLE TO PEOPLE, WE'RE NOT A COMPETITOR, WE ARE JUST ONE BIG FAMILY :)

Friday 23 August 2013

KONICHIWA! NAMA SAYA MONTEL

Assalamualaikum. Hari ni nak update pasal kereta Honda yang diberi nama Montel. Memukau mata yang memandang yaww. Kombinasi body kuning rim biru. Antara ciri-ciri si Montel ni:
  • Model SR4 convert EG9
  • CE28 ROTA FIGHTER 15" 9 JJ offset 20
  • Toyo DRB 195/50/15


Ceritakan serba sedikit pasal kereta you dan memang terus main konsep STANCE atau mula dengan konsep lain dulu?
  "Masa mula2 pakai mmg nk buat konsep stance terus
Sebab da start berjinak dgn stance dari pakai satria lg. Jual satria then beli honda sebab nk dptkan rendah yang maksimum. Sebab satria tak dapat rendah camni. Tu alasan utama tukar kereta."
 
 
Siapa yang memberi pengaruh kuat pada you dalam aliran STANCE?
 "Tukang hasut namanya Hengky Tornando. Dia yg kenalkan budaya stance ni masa awal 2012. Masa tu i tgk video yg dia bg. I ckp mcm ape je kete rendah2. Tak syg kete ke? Tapi bila hari2 dia duk tunjuk terus rasa minat nak buat tu datang. Start buat masa masuk rim xxr offset0 kat satria. Masa tu xpndai setting lagi. Sebabkan rim terkeluar sangat terus rasa nak bawa laju tu hilang Sebab da beli rim tu start situ laa terus main stance."












Pesanan untuk para pejuang STANCE yang lain?
Pesanan paling penting yang possible sama dengan org lain ahaa. "Stance ni satu culture. Kita duduk bawah satu bumbung yang sama. Tak perlu ada rasa daya saing sebaliknya kongsi pencapaian dan ilmu tu dengan orang lain. Baru la seronok."

Okay, pesanan untuk mereka yang baru nak berjinak jinak dalam aliran STANCE?
 "Jangan terlalu gelojoh nak dapatkan setup extreme. Ikut keselesaan dan kemampuan kita. Tak semestinya kepak giler tu power. Kadang2 aspek keselamatan pun kena jaga."




Thanks to Alan dan Montel kerana sudi di review dan dimasukkan dalam blog ni. :) Saya amat menghargainya. All the best si Montel!  

NOT A REGULAR WAJA, ITS WAJARAYS!

Balik kepada kereta Malaysia. Buka cerita pasal Waja. Bukan Waja biasa, tapi ini Wajarays! Ciri ciri2 Wajarays adalah seperti berikut.
  • ENGINE : 4g18p 1.6 singlecam , port and polish engine head, custom adjustable cam pulley, oversize hi compression piston 78mm, garrett ar80 turbin, tial 38mm wastegate, seneka racing blow off, infinite intercooler, stainless steel intercooler piping, trinity 6 puck clutch kit with custom pressure plate, campro flywheel, 2.5 inch exhaust piping, twin original super silent waja muffler
  • EXTERIOR: Fully custom volvo s60R EVOLVE bodykit, front bumper, bonnet air vent , side skirt and rear bumper ... custom evolve laser blue with special effect, toyota fully auto sunroof 
  • RIM: Boyd Coddington USA , 17" 8/10jj et+10/+15 
  • TAYAR: Silverstone 205/40/17 all four  
  •  SUSPENSION : mines adjustable hilo absorber with custom rate damper
  • CAMBER SETTING: -4 front , -8.7 rear
Beliau lah sifu kepada Baby Boy Boboy yang ditulis sebelum ini.


Boleh ceritakan serba sedikit sejarah Wajarays?
 "sejarah kete nie , dibeli di used car kat keramat pada april 2006 ... december 2006 rombakan pada engine , iaitu pemasangan kit turbo custom pada engine asal 1.6 waja ... dan seterusnya pemasangan rim 18" rays g.games dan after market bodykit melengkapkan penampilan waja yang terlalu simple nie ..."

  "2008, perubahan besar2an pada penampilan luaran ... memandangkan waja nie pakai chassis volvo , so kit lengkap dari volvo s60R EVOLVE dipadankan pada waja secara tempahan custom ... dan pilihan warna pon dipilih dari tema volvo s60R EVOLVE tu jugak , iaitu laser blue ... pon ditempah dari kedai cat .... dan masa tuh , konsep waja nie adelah street touring , siap ader dengan touring spoiler dari volvo 850 pada penghujung 2011 , kete nie dipilih untuk dimasukkan ke majalah SHIFT , dan dikeluarkan pada isu pembuka tirai januari 2012"
 "selepas jer selesai photoshoot kete untuk majalah shift , waja nie terus berubah untuk ke konsep baru , iaitu hellaflush , lebih kepada EURODUB style , memandangkan rim yang dapat iailah BOYD CODDINGTON CUSTOM WHEEL from USA .... dan setting inilah yang masih kekal sehingga sekarang .... waja nie pon dah pon keluar majalah untuk kali ke2 , dengan konsep STANCE & FITMENT dalam majalah GILA KERETA , THE TREND SETTER pada pertengahan 2013 ... so itu jelah serba sikit sejarah perjalanan modifikasi waja nie" 
 














 "dan , waja nie jugak ader music video... alhamdulillah hampir 23k yang telah view video waja nie di youtube"

 

Pesanan untuk para stancer dan untuk yang baru berjinak jinak dengan dunia STANCE?
"settinglah kete anda ikut pada selera, keselesaan, dan ikut pada cara kegunaan kete anda, sama ade kegunaan harian, kegunaan bersama keluarga, atau kegunaan hujung minggu jgn terlalu mengikut orang lain yang akhirnya menyusahkan anda sendiri KEEP IT SIMPLE , RESPECT OTHERS and STAY HUMBLE"

Terima kasih kepada Faaiz Wajarays kerana sudi dimasukkan dalam blog yang tak seberapa nie. :) semoga Wajarays terus maju dan menperjuangkan STANCE habis habisan. 

Thursday 22 August 2013

HELLO THERE BABY MERC!

Assalamualaikum! Update harinie berkaitan dengan kereta baka luar negara pulak. Okay, lets get started. :) Ciri ciri Baby Merc.
  • Model W201/190e
  • Year make 1984
  • BBS RS 17''
  • Depan 8.5 JJ/et 25, Belakang 10 JJ/et 30
  • Tayar Depan 205/40/17, Belakang 215/45/17


Boleh cerita sikit pasal sejarah kereta masa mula-mula pakai dulu?
"3 tahun lepas selepas excident yang agak ngeri, ummi saya dah tak bagi bawak moto. dapatlah benz warisan dari ayah saya. Sejak saya dapat kereta tu, saya tak pernah buat apa apa modification langsung. Pakai rim 16'' hampir 3 tahun. 16'' pon rim benz je. Until before Mobfest Hawaii, baru tukar pakai BBS RS. Saya tak buat apa apa modification langsung. All standard."

Macamana boleh terjebak dengan aliran STANCE?
"Bermula 2 tahun lepas pada link di youtube. Masa tu search for low cars. Keluar time tu video video hellaflush Japan dengan Thailand. Lepas je tengok, saya potong spring kereta saya. Dengan rim2 16" merc tu saya low kan kereta dengan negative kan dia. Pastu absorber terlalu lembut, so saya inject absorber tu bagi keras. Pastu stay je dengan rim 16" sampai sebelum mobfest Hawaii. Kebetulan pulak bertemu jodoh dengan BBS RS. So, saya join lah Mobfest Hawaii"


Siapa yang memberi pengaruh besar pada you dalam aliran STANCE?
 "Kalau yang banyak beri tunjuk ajar tu Lebai Jahead la. Macam2 saya tanya dan macam2 info dia bagi. Thanks king! hehe. Kalau yang membakar bakar pulak banyaknya dari member2 saya. Terutamanya Madnoo Zamla. Pesanan saya, just ignore all haters. maaf kereta saya tak berapa fitment&stance."

Thank you Izz Izaki for your time. All the best!


BABY BOY BOBOY

Disini saya nak upate pulak pasal Myvi di gelar Baby Boy nie. Asal dari mana? Let it be secret. Ciri2 tu yang penting :)
  • Myvi Standard 2010 Convert SE 2
  • Enjin bolt on tebo YRV tebo
  • Suspension Short Stroke Adjustable
  • Rim lebar 9 JJ sebelum nie 10 JJ
  • Rota Grid 9 JJ Ofset 25
  • 205/40/17
Now nak cerita sikit pasal latar belakang si Baby Boy nie. :) 
                                                             

Kereta masa mula mula beli memang terus buat konsep STANCE atau bermula dengan konsep lain dulu? Jawabnya,
"Perjalanan dia camni 2010 Hari pertama kluar kete trus tukar rim 17 inci.masa tu rim advan rsd jadi pilihan. Pastu ada duit skit men konsep racing.pastu vip.pastu racing balik.pastu sekarang 2012 start main stance. Sekarang dh ramai kwn yg kenal sejak main stance.sekarang sy dpt full form tuk stance iaitu HELLAFLUSH#STANCE#EXTREM FITMENT# EXTREME CHAMBER#DAN PERFORMANCE....LENGKAP LA 1 MODIFIKASI KERETA"



Ditanya pula siapa yang paling kuat memberi pengaruh STANCE?
 "Faiz wajarays hehe dia sifu saya. Saya anak buah dia."

 Pesanan kepada para Stancer?
 "pada sapa2 berminat nk main stance.trus kan minat anda jgn takot abam j.sbb diorang pun main je cam kita.pada sapa2 yg baru berjinak tu berani2 kan diri.best sgt stance.klau tkot sagat tayar sy nasihat kan xyah la main.sakit kepala hehe"

Well, betul lah pesan Boboy. Main stance memang best, stance is beauty sometimes can be a beast. But, beranikan lah diri hadapi segalanya.  Speedbumps, and yang sewaktu dengannya. All the best Boboy. Sampaikan salam pada Baby Boy. Terima kasih sudi luangkan masa. :)