Assalamualaikum. Hari ni nak update pasal kereta Honda yang diberi nama Montel. Memukau mata yang memandang yaww. Kombinasi body kuning rim biru. Antara ciri-ciri si Montel ni:
Model SR4 convert EG9
CE28 ROTA FIGHTER 15" 9 JJ offset 20
Toyo DRB 195/50/15
Ceritakan serba sedikit pasal kereta you dan memang terus main konsep STANCE atau mula dengan konsep lain dulu?
"Masa mula2 pakai mmg nk buat konsep stance terus
Sebab da start berjinak dgn stance dari pakai satria lg. Jual satria then beli honda sebab nk dptkan rendah yang maksimum. Sebab satria tak dapat rendah camni. Tu alasan utama tukar kereta."
Siapa yang memberi pengaruh kuat pada you dalam aliran STANCE?
"Tukang hasut namanya Hengky Tornando. Dia yg kenalkan budaya stance ni masa awal 2012. Masa tu i tgk video yg dia bg. I ckp mcm ape je kete rendah2. Tak syg kete ke? Tapi bila hari2 dia duk tunjuk terus rasa minat nak buat tu datang. Start
buat masa masuk rim xxr offset0 kat satria. Masa tu xpndai setting lagi.
Sebabkan rim terkeluar sangat terus rasa nak bawa laju tu hilang Sebab da beli rim tu start situ laa terus main stance."
Pesanan untuk para pejuang STANCE yang lain? Pesanan paling penting yang possible sama dengan org lain
ahaa. "Stance ni satu culture. Kita duduk bawah satu bumbung yang sama. Tak perlu ada rasa daya saing sebaliknya kongsi pencapaian dan ilmu tu dengan
orang lain. Baru la seronok."
Okay, pesanan untuk mereka yang baru nak berjinak jinak dalam aliran STANCE? "Jangan terlalu gelojoh nak dapatkan setup extreme. Ikut
keselesaan dan kemampuan kita. Tak semestinya kepak giler tu power. Kadang2
aspek keselamatan pun kena jaga."
Thanks to Alan dan Montel kerana sudi di review dan dimasukkan dalam blog ni. :) Saya amat menghargainya. All the best si Montel!
Balik kepada kereta Malaysia. Buka cerita pasal Waja. Bukan Waja biasa, tapi ini Wajarays! Ciri ciri2 Wajarays adalah seperti berikut.
ENGINE :
4g18p 1.6 singlecam , port and polish engine head, custom adjustable cam
pulley, oversize hi compression piston 78mm, garrett ar80 turbin, tial
38mm wastegate, seneka racing blow off, infinite intercooler, stainless
steel intercooler piping, trinity 6 puck clutch kit with custom pressure
plate, campro flywheel, 2.5 inch exhaust piping, twin original super
silent waja muffler
EXTERIOR:
Fully custom volvo s60R EVOLVE bodykit, front bumper, bonnet air vent ,
side skirt and rear bumper ... custom evolve laser blue with special
effect, toyota fully auto sunroof
RIM: Boyd Coddington USA , 17" 8/10jj et+10/+15
TAYAR: Silverstone 205/40/17 all four
SUSPENSION :
mines adjustable hilo absorber with custom rate damper
CAMBER SETTING:
-4 front , -8.7 rear
Beliau lah sifu kepada Baby Boy Boboy yang ditulis sebelum ini.
Boleh ceritakan serba sedikit sejarah Wajarays?
"sejarah kete nie , dibeli di used car kat keramat
pada april 2006 ... december 2006 rombakan pada engine , iaitu
pemasangan kit turbo custom pada engine asal 1.6 waja ... dan seterusnya
pemasangan rim 18" rays g.games dan after market bodykit melengkapkan
penampilan waja yang terlalu simple nie ..."
"2008, perubahan besar2an pada penampilan luaran ...
memandangkan waja nie pakai chassis volvo , so kit lengkap dari volvo
s60R EVOLVE dipadankan pada waja secara tempahan custom ... dan pilihan
warna pon dipilih dari tema volvo s60R EVOLVE tu jugak , iaitu laser
blue ... pon ditempah dari kedai cat .... dan masa tuh , konsep waja nie
adelah street touring , siap ader dengan touring spoiler dari volvo 850
pada penghujung 2011 , kete nie dipilih untuk dimasukkan ke majalah SHIFT , dan dikeluarkan pada isu pembuka tirai januari 2012"
"selepas jer selesai photoshoot kete untuk majalah
shift , waja nie terus berubah untuk ke konsep baru , iaitu hellaflush ,
lebih kepada EURODUB style , memandangkan rim yang dapat iailah BOYD
CODDINGTON CUSTOM WHEEL from USA .... dan setting inilah yang masih
kekal sehingga sekarang .... waja nie pon dah pon keluar majalah untuk
kali ke2 , dengan konsep STANCE & FITMENT dalam majalah GILA KERETA ,
THE TREND SETTER pada pertengahan 2013 ... so itu jelah serba sikit
sejarah perjalanan modifikasi waja nie"
"dan , waja nie jugak ader music video... alhamdulillah hampir 23k yang telah view video waja nie di youtube"
Pesanan untuk para stancer dan untuk yang baru berjinak jinak dengan dunia STANCE?
"settinglah kete anda ikut pada selera, keselesaan,
dan ikut pada cara kegunaan kete anda, sama ade kegunaan harian,
kegunaan bersama keluarga, atau kegunaan hujung minggu jgn terlalu
mengikut orang lain yang akhirnya menyusahkan anda sendiri KEEP IT
SIMPLE , RESPECT OTHERS and STAY HUMBLE"
Terima kasih kepada Faaiz Wajarays kerana sudi dimasukkan dalam blog yang tak seberapa nie. :) semoga Wajarays terus maju dan menperjuangkan STANCE habis habisan.
Assalamualaikum! Update harinie berkaitan dengan kereta baka luar negara pulak. Okay, lets get started. :) Ciri ciri Baby Merc.
Model W201/190e
Year make 1984
BBS RS 17''
Depan 8.5 JJ/et 25, Belakang 10 JJ/et 30
Tayar Depan 205/40/17, Belakang 215/45/17
Boleh cerita sikit pasal sejarah kereta masa mula-mula pakai dulu? "3 tahun lepas selepas excident yang agak ngeri, ummi saya dah tak bagi bawak moto. dapatlah benz warisan dari ayah saya. Sejak saya dapat kereta tu, saya tak pernah buat apa apa modification langsung. Pakai rim 16''hampir 3 tahun. 16'' pon rim benz je. Until before Mobfest Hawaii, baru tukar pakai BBS RS. Saya tak buat apa apa modification langsung. All standard."
Macamana boleh terjebak dengan aliran STANCE? "Bermula 2 tahun lepas pada link di youtube. Masa tu search for low cars. Keluar time tu video video hellaflush Japan dengan Thailand. Lepas je tengok, saya potong spring kereta saya. Dengan rim2 16" merc tu saya low kan kereta dengan negative kan dia. Pastu absorber terlalu lembut, so saya inject absorber tu bagi keras. Pastu stay je dengan rim 16" sampai sebelum mobfest Hawaii. Kebetulan pulak bertemu jodoh dengan BBS RS. So, saya join lah Mobfest Hawaii"
Siapa yang memberi pengaruh besar pada you dalam aliran STANCE? "Kalau yang banyak beri tunjuk ajar tu Lebai Jahead la. Macam2 saya tanya dan macam2 info dia bagi.Thanks king! hehe. Kalau yang membakar bakar pulak banyaknya dari member2 saya. Terutamanya Madnoo Zamla. Pesanan saya, just ignore all haters. maaf kereta saya tak berapa fitment&stance."
Disini saya nak upate pulak pasal Myvi di gelar Baby Boy nie. Asal dari mana? Let it be secret. Ciri2 tu yang penting :)
Myvi Standard 2010 Convert SE 2
Enjin bolt on tebo YRV tebo
Suspension Short Stroke Adjustable
Rim lebar 9 JJ sebelum nie 10 JJ
Rota Grid 9 JJ Ofset 25
205/40/17
Now nak cerita sikit pasal latar belakang si Baby Boy nie. :)
Kereta masa mula mula beli memang terus buat konsep STANCE atau bermula dengan konsep lain dulu? Jawabnya,
"Perjalanan dia camni 2010
Hari pertama kluar kete trus tukar rim 17 inci.masa tu rim advan rsd
jadi pilihan. Pastu ada duit skit men konsep racing.pastu vip.pastu
racing balik.pastu sekarang 2012 start main stance.
Sekarang dh ramai kwn yg kenal sejak main stance.sekarang sy dpt full
form tuk stance iaitu
HELLAFLUSH#STANCE#EXTREM FITMENT# EXTREME CHAMBER#DAN
PERFORMANCE....LENGKAP LA 1 MODIFIKASI KERETA"
Ditanya pula siapa yang paling kuat memberi pengaruh STANCE? "Faiz wajarays hehe dia sifu saya. Saya anak buah dia."
Pesanan kepada para Stancer? "pada sapa2 berminat nk main stance.trus kan minat
anda jgn takot abam j.sbb diorang pun main je cam kita.pada sapa2 yg
baru berjinak tu berani2 kan diri.best sgt stance.klau tkot sagat tayar
sy nasihat kan xyah la main.sakit kepala hehe"
Well, betullah pesan Boboy. Main stance memang best, stance is beauty sometimes can be a beast. But, beranikan lah diri hadapi segalanya. Speedbumps, and yang sewaktu dengannya. All the best Boboy. Sampaikan salam pada Baby Boy. Terima kasih sudi luangkan masa. :)
Assalamualaikum. Berapa hari tak update. Hari ini lolalowlife terus update blog nie. Now nak bercerita pasal Viva putih milik Ajim berasal dari Negeri Sembilan. Rembau most wanted yaw. hihi. :) Cerita pula pasal ciri ciri Viva putih Ajim.
Perodua Viva
Rim TE37SL
7 JJ x 15 inch
SILVERSTONE 165/50/15
Ajim telah membeli jenteranya pada tahun 2011, memang niatnya ingin menjadikan keretanya aliran STANCE. Pada mulanya, Ajim menjadikan Mexiflush sehingga bulan 10 2012. Sekarang, Ajim beralih kepada konsep SLAMMED. Lepas tu, ditanya pula bagaimana Ajim boleh terpengaruh dengan STANCE & FITMENT. Jawabnya, "Time tu pngaruh dr faaiz wajarays@faiz dgn an-tot masuta kureijisha@fahsyar...faiz pkai waja biru,fahsyar yg pkai gen-2..." Apa yang memberi kepuasan kepada diri Ajim? "Ajim ni mekanik...ajim ade gak bwat krete diorg ni...
1st
skali org akan ckp ajim 'gila',dr keinginan nk loweredkn krete ni la
ajim dpt rezeki,n laen dr yg laen kalo kt atas jln,nmpk melekat je atas
jln...Tu la kpuasan ajim."
Pesanan Ajim,
Stance n' fitment is a life style,not a competition...respect each other n unite.
APA ITU STANCE? Dalam komuniti Kereta, pendirian ini, mengikut definisi, "fitment agresif" sportrim dan tayar digabungkan dengan merendahkan kereta anda untuk mencapai pandangan ini. Stance adalah bagaimana kereta pada dasarnya merupakan.
BAGAIMANA UNTUK MENCAPAI FITMENT AGRESIF RODA DAN TAYAR? Anda mencapai fitment agresif dengan menggunakan tayar yang diregangkan, ofset yang rendah dan pelbagai sportrim. Untuk melipatkan tayar anda ke fenderwell anda dan mempunyai sportrim anda duduk tarik dengan baris fender, anda perlu mempunyai tayar diregangkan. Jumlah regangan yang anda lakukan dengan tayar adalah terpulang kepada anda, dan istilah "flush," "hellaflush," dan "poke" datang untuk bermain. Mereka semua bermaksud perkara yang sama. Dan secara amnya, ia bermakna bahawa kenderaan menggunakan fitment agresif ke atas sportrim dan tayar.
Ini adalah tayar sedikit diregangkan. sportrim sedikit pokes keluar tetapi masih selari dan flush dengan fender tersebut.
Ini adalah satu contoh yang baik kenderaan stanced. Kereta Nissan 350Z berwarna hitam ini kelihatan hebat! Seperti yang anda akan dapati, sportrim berada hampir flush dengan fender tersebut.
Kereta Nissan 350Z ini sedikit berbeza. Sportrim di tucked sedikit di bawah fender belakang. Ini adalah contoh yang "ringan" flush dan tucked. BAGAIMANA UNTUK MELENGKAPKAN RUPA DENGAN LOWEREDKAN KERETA ANDA
Yang tersebut di atas hanya melibatkan sportrim dan tayar. Untuk bawa ke peringkat seterusnya, anda perlu melakukan beberapa jenis suspension bersesuaian supaya sportrim dan tayar akan duduk flush dalam fender anda (atau keluar, jika anda memilih). Apabila kita tweak suspension itu, kita sering berbicara tentang lowering atau dropping kenderaan itu. Terdapat terutamanya dua pilihan yang berbeza dan banyak mempunyai keutamaan untuk satu atas yang lain.
COILOVER SUSPENSION
Yang pertama ialah coilovers. Coilovers sebenar dalam industri akan kenderaan "statik". Sebaik sahaja anda menggunakan persediaan suspension coilover, kenderaan anda terletak pada ketinggian tertentu perjalanan itu. Rupa yang flush atau hellaflush dan mencapai beberapa jenis "poke" adalah sukar untuk dicapai dengan opsyen ini. Anda akan mendapat lebih banyak respect di dalam masyarakat dengan pergi laluan ini, tetapi ia pasti sukar untuk dicapai. Bahagian bawah untuk coilovers adalah bahawa anda adalah terhad di mana anda memandu kenderaan anda. Speed bumps menjadi masalah serta halangan-halangan harian seperti laluan kereta. AIR SUSPENSION Kedua adalah air suspension. Ini biasanya diistilahkan "bags," atau "air bags" atau pun "air ride." Airbags adalah pilihan yang hebat kerana anda boleh menaikkan dan menurunkan kereta anda untuk ketinggian dan kerendahan yang anda kehendaki apabila menghadapi halangan seperti speedbumps. Anda juga boleh mencapai lebih baik tahap flush kerana tahap anda boleh rendahkan kereta anda kepada yang lebih rendah daripada coilovers
Gaya VIP merujuk kepada pengubahsuaian kereta mewah Jepun untuk membuat mereka lebih rendah dalam pendirian dan lebih luas dilihat dengan roda luas agresif, penggantungan dan kit badan. Gaya VIP biasanya besar, mahal, sedan pacuan roda belakang, walaupun peminat automotif menggunakan kereta lain seperti minivans dan KEI car. Apabila dikaitkan dengan yakuza, pengubahsuaian Gaya VIP sekarang adalah subset pengubahsuaian automotif.
SEJARAH
Pengubahsuaian Gaya VIP dan sejarah sering dikaitkan dengan Yakuza. Dengan menggunakan kereta JDM dengan pengubahsuaian yang berkaitan dengan penciptaan limosin, samseng boleh mengelak daripada dikesan oleh pihak polis dan kumpulan saingan.
Kedua-dua Osaka jalan pelumba dan kawasan Kanto Bōsōzoku (motosikal dan geng moped di Jepun) menerima pakai gaya dalam pelbagai cara. Osaka jalan pelumba, selepas mengalami pelbagai tindakan keras polis Lebuhraya Hanshin pada awal 1990-an, berpaling kepada sedan, selepas polis sukan kompak disasarkan, sebagai satu cara untuk pelayaran manakala selebihnya menyamar. Kanto kawasan bosozoku kumpulan mengambil pendekatan yang agak berbeza, dengan mengubah sedan dengan gegelung dipotong dan mufflers dan sering berani dan kuat yang dikenali sebagai "Yankee Style". Isyarat gaya mereka sebenarnya diambil dari Super Happiness kereta lumba tahun 1970-an dan 1980-an. Mereka juga memandu secara melulu, seperti menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengelakkan membayar tol. Untuk meniru rakan-rakan yakuza, mereka digunakan sedan hitam yang besar.
KARAKTER
Kereta yang dikaitkan dengan gaya VIP biasanya mempunyai ciri-ciri yang sama, seperti roda mewah dengan berlebihan gaya. (Reka bentuk biasanya luas yang dihadapi) dengan ofset rendah yang duduk rapat dengan fender, ekzos yang melekat keluar lalu bumper belakang (walaupun tidak begitu banyak penekanan pada hari ini), bodykit penuh atau kit bibir, cat berkilat dan ketinggian menaiki diturunkan. Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk melihat camber yang sangat negatif kepada banyak kereta gaya VIP. Warna tradisional kereta Gaya VIP biasanya hitam, putih, kelabu dan silver.
Diharap semua yang ditulis diatas menjadi panduan buat anda. :)
Sekarang cerita pasal Labi Labi Hitam milik abang Bob. :) Berasal dari Jitra, Kedah. Orang utara habaq hang. Okay, kita cerita pasal ciri-ciri si LLH.
Perodua Myvi SE2
Work Equip 01
8/9 JJ et 0
Falken 195/50/15
Dibeli pada Tahun 2010, mood mula mula simple mood je. Then ownernya beralih ke SLAMMED. Sejak hujung tahun lepas lah Labi Labi Hitam mula main HELLAFLUSH. Bila ditanya camna bole terpengaruh dengan HELLAFLUSH. Jawabnya "Entah, cerita nya lama dah sebab terpengaruh dengan afeef ler nie. Tengok dari kereta dia n group dia kat sarawak. Asal kereta ni banyak kan dia yang start n setting dulu dan banyak hasil dari tangan dia. Awal 2011 belajar dengan dia." Dan ditanya pula apakah kepuasan setelah melakukan modifikasi kepada Labi Labi Hitam, jawabnya pula. "Kepuasan tak pernah ada, cuma syok belajar benda baru. Sentiasa mencari idea baru dan set up yang ideal. Masih lagi belajar dan nak cuba benda baru."
PESANAN ABANG BOB : #STAYHUMBLE :) Terima Kasih Abang Bob :) Kat bawah ni photo Labi Labi Hitam suatu ketika dulu. Dari Abang Bob :)
Update untuk harinie. Berkaitan dengan si comel bermata bulat gitu yang digelar C-Kecil. :) Kecil kecil cili padi haa. Berasal dari Sabah. Okay, ciri - ciri C-Kecil.
Perodua Kancil tahun 2000
Bodykit Opti (Mira L300)
3D Rainbow
8J - 9J Offset 0
CE28 VOLK
185/50 depan
175/50 belakang
C-Kecil dibeli pada Tahun 2011. Firstly ownernya main modi standard je. Lepas tu Tahun 2012 start pulak main JDM. Pada pertengahan Tahun 2012 lah C-Kecil masuk dalam aliran STANCE. Kata owner, memang tak berapa nak STANCE lah masa tu. Masa nak mula main STANCE, ia pengaruh dari budak nobu. First stance di KK (Kota Kinabalu). Team Nobu tu actually Team K-car Stance.
Apabila ditanya apa yang memberi kepuasan kepada ownernya, beliau menjawab "Dapat menggunakan rim lebar, walaupun jalan kat sini tak berapa OK. Lowered tetap diutamakan. Satu lagi, takda Opti Classic yang main STANCE. Haha. Dapat menggunakan item dari MOVE. Dapat jugak membawa kawan kawan di kampung masuk STANCE."
Kata semangat dari owner C-Kecil "MAJUKAN STANCE DI MALAYSIA SEHINGGA KE TARAF YANG LEBIH TINGGI."
Terima kasih Ayin Opti sudi meluangkan masa untuk di interview.
Here we go another STANCE FAMILY. GAMABUNTA nama diberi. Raja katak SLAMMED kata ownernya. huhuhu. Okay okay. Nie antara ciri ciri Gamabunta:
Perodua Viva 850
Diupgrade kepada MIRA AVY RS tahun 2004
Rim 15 7 JJ
Sportrim CE28
Si Gamabunta nie dibeli pada Tahun 2008.Ownernya bia standard dulu pada mulanya. Okay, mula menganas pada Tahun 2010. Ownernya mula modifikasi dengan Konsep JDM yoo! Lepas tu dia rasa macam tak menarik. Niat dihati nak jadikan VIP STYLE. Tapi tak jadi sebab tak ada geng. Orait, nie part yang best. Last last ownernya terjebak dengan aliran STANCE. tu pon kerana pengaruh sepupu katanya. Kan dah cakap, STANCE nie memang ada magnet tersendiri.
Mula2 dia rendahkan kereta dulu. Sampai lah Gamabunta jadi macam kuda (tadi cakap raja katak slammed) huhu. Owner dia rasa cam empty kosong bak kata najwa latiff, dia pon letak lah bakul di atas Gamabunta. Lagi kata ownernya, dia buat kereta jadi aliran STANCE sebab nak control diri dari bawak laju. Katanya member dia semua kaki lumba. Tapi jadi seronok pulak bila buat. "DAPAT FEEL TIME NAIK SPEEDBUMP. PERGHH." "SAGAT JE BODY KA JALAN RASA MACAM BIG BOSS" "JADI PERHATIAN" "SYOK"
Nasihatnya, hati hati dengan penguatkuasa. HATERS GONNA HATE.
Terima kasih kepada Kanan Hairudin sudi di interview selaku owner GAMABUNTA.
Dibeli pada bulan tahun 2008 bulan 12. Tujuan asalnya owner si Albino nie nak jadikan dia kereta race, drag. Tapi jatuh cinta pulak dengan stance. Nampak tak ajaibnya STANCE nie? Ownernya mula membuat konsep ala VolkswagenGolf MK1 sejak itulah lah terjadinya Albino. Terjumpa pulak stancer taiping. STANCE OF TAIPING banyak memberi suntikan tentang STANCE kepada ownernya. First time join, Albino mula turun meet up di Ipoh.
Selepas itu bermulalah hidupnya sebagai STANCER. Katanya terjumpa pula gadis stance. Siapalah gerangan nye. Well, all the best WAN GRASSHUPER. Support you always! :)
Dalam memodifikasi kereta selalunya pemilik pasti akan melakukan pendekatan kepada bagaimana keserasian, kepadanan terhadap kereta. Pemilik pasti akan menampilkan hasil karya modifikasi hingga betul betul kena dengan identiti yang ingin ditonjolkan. Unsur gaya hidup dan sentuhan emosi pemilik kadang kadang menunjukan sebuah hasil yang terbaik. Baik dari segi warna, komponen, mahupun apa gaya modi menjadi sebuah pengenalan untuk mendekati profil pemilik kereta itu.
Gaya modifikasi STANCE atau juga dikenali sebagai HELLAFLUSH juga ada yang mengelarnya SLAMMED STYLE. Terpulang nak gelarkan apa pun, ia menjadi magnet tersendiri bagi pemodifikasi kereta dimana sahaja khususnya di Ibukota. Definisi STANCE, betul betul memberi impak dan menjadi DOMAIN pemahaman masing masing pemodifikasi yang senang menyebut hasil modifikasi sebagai aliran STANCE.
Sebuah modifikasi yang mengutamakan sisi kerapatan antara bibir velg dengan bibir fender kereta, sehingga menampikan effect static seolah olah kereta kelihatan terletak, dan seperti tidak boleh dipandu. Dengan support modifikasi chamber dan akhirnya menampilkan jarak rongga antara tanah dengan bahagian bawah kereta semakin rapat, nyaris menyentuh tanah. Bukan hanya menjadi dominasi kereta keluaran tahun 2000 keatas, malah kereta antik-klasik-retro semakin banyak yang dilihat mengadaptasi apa yang disebut aliran "STANCE" ini. Selain memodifikasi kebderaan kepada gaya STANCE yang berkesan, ia juga menjadikan orang yang melihatnya macam tak percaya, ini menjadi kepuasan diri sendiri bagi seseorang yang memandy kereta aliran STANCE. Harap maklum kena pandai memilih jalan. Maklumlah kenderaan dalam keadaan yang rendah (LOWERED). Jangan nanti habis sagat semua. :)
Bunyi sagat bibir fender tu, bukan lagi masalah atau hal pelik bagi pengguna kereta aliran STANCE. Bahkan ia menjadi pemacu adrenalin ketika bersagat. Menjadi sebuah petaka "Hanguihnya fender" ohh yeah :)
Haters gonna hate. Stancer pasti faham apa maksudnya. Pemilik jentera STANCE perlulah berani dan mengharungi risiko antara yang parah tangki bocor, atau penutup karter oil pecah. Sentiasa perhatikan jalan raya. Jangan main redah je.
Stance merujuk pada penyelenggaraan KERENDAHAN kereta dengan tanah. Lebih rendah sesebuah kereta itu, maka lebih EXTREME STANCE kereta itu. Untuk medapatkan STANCE MAXIMUM : - Penggunaan SPRING yang PENDEK atau ADJUSTABLE SHOCK diperlukan. Makin rendah setup yang anda inginkan - Kebiasaannya SPRING RATE yang KERAS diperlukan
FITMENT
Fitment pula merujuk kepada KEPADATAN RIM itu kepada WHEEL ARCH kereta. Makin PADAT dan RAPAT rim itu pada WHEEL ARCH maka makin EXTREME FITMENT kereta itu. Tidak kisahlah berapa JJ rim itu, offset, penggunaan tayar lebih kecil, atau dengan pemakaian SPACER.
TYRE STRETCH
Kebiasaan dilakukan untuk mendapatkan FITMENT TERBAIK antara RIM dan WHEEL ARCH. Bila RIM lebih lebar berbanding WHEEL ARCH, maka tayar yang kecil lebih diperlukan untuk mencantikkan dan melengkapkan lagi setup FITMENT itu tadi. Tapi perlu diingat, bila anda bermain SETUP TYRE STRETCH ini, sebenarnya akan mengurangkan SAFETY pada kereta anda. TYRE STRETCH ADALAH TIDAK DIGALAKKAN PEMANDUAN LAJU. Ini kerana SIDEWALL tadi da diregangkan semaksimumnya untuk mendapatkan STRETCH yang MENARIK. Jadi adalah tidak digalakkan mengambil Hi speed conering dan layan speed atas jalan lurus.
kalau anda mampu melengkapkan
kedua2 sekali, maka kete anda dah layak dipanggil STANCE & FITMENT
... bila citer bab FITMENT nie plak ... ramai yang ingat KEPAK adelah
WAJIB !! salah sebenarnya .. walaupon kete anda 0 camber sekalipon tapi
bibir rim padat dan rapat dengan bibir wheel arch kete tuh , maka anda
sudah memiliki FITMENT .. untuk lebih detail , banyak2kan dan rajin2kan
diri membuat kajian tentang seni stance and fitment nie ... sebenarnya
banyak setting dan style yang boleh dibuat pada kete anda dan yang
paling penting setup HELLAFLUSH bukan hanya terhad pada MAX KEPAK , MAX
JJ RIM, MAX TAYAR STRETCH dan MAX TAYAR TERKELUAR dari WHEEL ARCH....
apa2 pon settinglah kete anda ikut pada selera, keselesaan, dan ikut
pada cara kegunaan kete anda, sama ade kegunaan harian, kegunaan bersama
keluarga, atau kegunaan hujung minggu jgn terlalu memngikut orang lain yang akhirnya menyusahkan anda sendiri KEEP IT SIMPLE , RESPECT OTHERS and STAY HUMBLE
Terima kasih kepada Luqman Abdul Rahman atas perkongsian kepada saya.