- Blackheath (nama diberi)
- Perodua Alza 1.5 EZI
- Spec engine: Stock Perodua (cuma pakai oil cooler untuk sejukkan minyak silinder)
- Luaran: Bodykit Perodua Alza SE & Fog Lamp Mitsubishi RVR & Parking Pole Daihatsu Mira
- Dalaman: Standard, Back Mirror Long Board Tifffana house
- Spec spotrim: BBS RS 16" 9jj ET 15 (F&R)
- Spec tayar: 195/45/16 (F&R)
- Suspension: Adjustable Hi Low Brand IMPROVE
Ceritakan serba sedikit sejarah permulaan anda bersama BLACKHEATH dan anda mulakan dengan modifikasi yang bagaimana dahulu sebelum STANCE?
"Mula2 saya tengok culture nie kat internet je. Biasenye
kereta2 luar la yang buat camni. Ingatkan kat Malaysia takde culture kereta camni,
rupenye ade juga."
"Sebelum main stance ni kereta saya biasa je. Nk beli
bodypart Toyota Passo sette dengan Daihatsu Boon Luminas harga mahal
sangat. Masa tu ta tahu nak setup camne Alza ni. Masih mencari identiti lagi. First
saya tengok kereta2 stance dengan fitment kat Malaysia mase event EPIC STANCE kat
sepang SIC tahun lepas."
"Masa tu tengok Alza Geng STATIC 365 Ranzo Dk dengan Alza Geng Brotherhood Ks Lee. Tengok dari gambar2 kereta diorang la terus saya
minat nak setup kereta start main stance and fitment tapi lama juga nak cari pomen
yang nak setup nie. Masa bulan 4 2013 United Stance of Johor ade buat event
kt Setia Tropika. Masa tu nampak Alza Syam Garage dia setup kete dia
cun. Kenal dia pun dari FB lpas tu penah jumpe mase lepak2 malam minggu. Terus
deal setup kereta dengan dia. Dia yang setup kereta saya. Saya jenis setup kete yang
simple fitment"
Apa benda pertama yang anda buat untuk STANCE kan BLACKHEATH?
"First time saya layan maxiflush je. Masa tu pakai TE37 Rota
17"9jj. Masa tu chamber x -ve lagi biasa je. Lepas pakai Rota pakai pulak BBS RS 16"9jj ni."
"Masa pakai BBS RS 16 ni saya setup chamber depan -1
belakang -2. Nak STANCE kan dia lagi saya pakai suspension adjustble spring dah
potong bagi pendek. Baru boleh turun banyak. Kalau spring adjustble standard tak dapat turun banyak macam sekarang."
"First nak bagi STANCE kereta mesti buat suspension dengan tukar spotrim baru boleh setup nak bagi stance and fitment camni."
Apa yang memberi kepuasan kepada anda setelah anda lakukan semua ini kepada BLACKHEATH?
"Yang penting minat dan hobi yang bagi kepuasan main stance dan
fitment ni. Kepuasan dia bila setup yang dibuat tu padan dengan Alza saya dari
segi stance dan fitment dia. Setting dia pun cun. Lepas tu kepuasan dia masa pergi
event dapat tengok kereta2 orang dan kenal2 dengan stancer yang lain"
Cabaran paling besar dalam STANCE ialah haters, jadi apa kata nasihat anda untuk pejuang STANCE yang lain?
"Haah. Haters sebab diorang ni tak tahu pasal culture stance dan fitment ni sebab tu diorang kutuk banyak. Belajar lebih pasal motosport kat Malaysia ni baru
minda tu boleh terbuka. Hormat cara org lain main kereta kalau nak orang lain hormat anda."
Terima kasih kepada pemilik jentera MPV Stance diberi nama BLACKHEATH ini kerana sudi di review dan dimasukkan dalam blog saya yang tak seberapa. Semoga kita semua terus maju memperjuangkan STANCE. Terima kasih jugak kerana menyokong blog saya. :)
woww salute.. terbaekkkk
ReplyDelete