Sekarang kita buka cerita pasal kereta old school pulak. Susah payah cari, alhamdullilah jumpa jugak. Terima kasih pada rakan yang membantu. Tiada yang lama, mungkin tiada yang baru. Ini atas request rakan saya di facebook. Okay ini untuk anda. ;) ciri ciri utama kereta ini.
- 1976 KE30 2 door sedan
- Enjin toyota 5k 1.5cc
- Blok rebore to 1.6cc using aftermarket piston
- Twin Weber DCOE 40 Sidedraft Carburator
- Honda EK radiator
- Rim Atara Racing 15inci 9jj offset -13
- Tayar Falken Ziex 917 195/50/15
Ceritakan serba sedikit tentang sejarah kereta ni?
"I
beli kereta nih dari kuala terengganu dalam tahun 2010 rasanya. Bawak
balik ke kluang sehelai sepinggang ha3. Pastu start cari part sikit2
susah dapat juga body part dia, banyak dapat dari kawan n ebay, dari Ipoh, Kuching, Penang, Singapore n lain2. Pastu awal tahun ni la yg
betul2 buat. Dari awal tahun sampai bln 8 haritu duduk workshop je
siapkan enjin n wiring. Ni pon tak sempat siap lagi pasal nak repaint n
touch up lagi body n cat. Semua nih target utk event Olskool Mega
Gathering yg ke 5 pada 15/9 haritu di Kuala Terengganu. Banyak habiskan
masa dan duit untuk siap setakat ni he3. Tapi puas hati pakai. Itu yang penting Kepuasan diri sendiri dan selesa he3. Aircond sejuk tu hu3."
Macam mana boleh minat kereta old school? Dorongan dari siapa?
"Takde dorongan dari siapa pon terpandang kereta nih
dalam mudah.my terus jatuh chenta. Terus masuk duit tak tengok kereta dah memang
masa tu nak sangat beli kereta nih he3. Pergi terengganu naik flight pagi just
unttk amik kereta tu je, sampai deal terus bawa balik he3. Feeling dia
lain ngan kereta nih.. Dulu pernah gak main kereta neuskool tapi perasan
dia tak sama macam main oldskool. Masih ingat lagi pesan member masa mula2
amik kereta nih 'nak main kereta olskool kena banyak sabar' memang betul
macam2 ujian dtg, nak dapat satu2 barang pon berbulan2 tetambah harga
barang olskool yg rare makin tinggi. Tapi duit banyak pon belum tentu
dapat sebab barang2 tu mmg susah nak dapat."
Bahagian mana pada kereta ini yang bagi anda susah untuk didapati?
"Empat barang susah nak dapat.
1. Grill depan TE37 tu, orang panggil grill senyum, harga dah mencecah
Rm800 kalau ada la hu3. Pasangan bonet dia super rare sampai sekarang tak
dapat2 lagi hu3.
2. Pintu dia, fasal model 2 dr ni pintu dia panjang dari model biasa, tu
merangkumi getah dan cermin dia la.
3. Fender Side mirror tu, nasib kalau dapat cantik, selalunye order
terus dr jepun,
4. Twin weber Dcoe 40, harga market sekarang dah mencecah 2k satu set dan tak
ramai yang tahu setup dan tuning."
Apa yang memberi kepuasan lepas segala penat lelah yang anda telah lakukan pada kereta ni?
"Memandunya, raw power yang dapat dari enjin karburator ni memang best, dan yang penting, orang lain xde he3."
Ada sedikit kata kata untuk peminat kereta oldschool dan haters mungkin?
Petik kata2 dr member, "Olskool selagi bernafas" he3. Scene olskool dah bertapak hebat kat Malaysia sekarang harap akan lebih kuat komunitinya.
Itu dia kereta old school pertama yang di review dalam blog ini. Atas permintaan rakan di facebook. Terima kasih banyak banyak kepada tuan empunya kereta, ingat, "Tiada yang lama, tiada lah yang baru" ;)